RSS

TIV Music Station's

Warung Tiram Indah

Aktiviti yang diadakan kat Tiram Indah Village....











Ha....ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan di Tiram Indah Village. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. Untuk aktiviti yang baru akan di update dari semasa ke semasa.... Best tau aktiviti-aktiviti yang diadakan kat sini... Jom la!!!!!!

Chalet in Tiram Indah Village





Ni adalah antara Chalet-chalet yang terdapat di Tiram Indah Village. Ni baru setengah...ada banyak lagi... Harga yang ditawarkan untuk setiap tempat penginapan adalah berpatutan.








Kawasan Latihan

Antara kawasan latihan yang terdapat di Tiram Indah Village. Kalau sesiapa yang berminat boleh datang untuk melihat kawasan pesekitarannya atau boleh menghubungi pemilik Tiram indah Village untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

Kawasan untuk aktiviti air....nak cuba???? kalau nak apa tunggu lagi...best tau...


Ni jalan yang bakal membawa anda ke suatu destinasi yang sangat mencabar. Kalau ada sesapa yang ingin meningkatkan keyakinan diri, kekuatan fizikal dan mental boleh la menyertai aktiviti jungle tracking yang jaraknya lebih kurang 5-6 km..ni baru permulaan...kalau nak tengok yang sebenarnya kenalah join dulu.

Anda nampak apa yang saya nampak??? hehehe...ni la menara untuk Flying fox dan Abselling. Ketinggiannya lebih kurang 90 kaki... sesapa yang ingin menghilangkan rasa gayatnya pada ketinggian jom la datang ke Tiram Indah Village untuk buat aktiviti Flying Fox.. Bayarannya pun berpatutan...

ha...apakah benda nie??? Anda tahu ker??? Kalau nak tahu kena la datang dan rasai sendiri..

Yang kat bawah ni pula merupakan satu aktiviti yang dinamakan obstacle...ni antara perlatannya jer la...obstacle ni ada beberapa acara.... ;)

Kemudahan dan Peralatan yang terdapat di Kem atau Pusat Latihan

1. Dewan Ceramah
Terdapat 6 unit dewan iaitu:
a) Dewan Baiduri (Kapasiti 200 orang)
b) Dewan Permata (200 orang)
c) Dewan Intan (50 orang)
d) Dewan Nilam (200 orang)
e) Dewan Mesyuarat (30 Orang)
f) Dewan Delima (100 orang)

2. Bilik LDK
Terdapat 10 buah unit bilik LDK yang setiap satu nya dapat menampung 15 orang.

3. Penginapan Peserta
Penginapan peserta adalah berkonsepkan asrama (dormitory) yang mana mempunyai 22 unit.
Kapasiti kesuluruhan unit adapat menampung lebih kurang 600 orang peserta.

4. Chalet
a) Chalet Delima (kapasiti 5 orang) b) Chalet Cute 1 ( 2 orang)
c) Chalet Cute 2 (2 orang) d) Chalet Cute 3 (1 orang)
e) Chalet Permata 1 (4 orang) f) Chalet Permata 2 (4 orang)
g) Chalet Permata 3 (4 orang)

5. Penginapan Urusetia
Sebuah rumah Banglo (Rumah Mutiara) yang mengandungi 7 buah bilik. Rumah ini dapat
menampung kapasiti sebanyak 40 orang. Kemudahan untuk Urusetia juga turut disediakan.
Antara kemudahan untuk urusetia adalah Mesin fotostate (1 unit), Telefon, Faks,
Komputer dan printer yang masing-masing 1 unit. Selain itu, kemudahan internet turut
disediakan.

6. Kawasan Latihan
Antara kemudahan yang disediakan di kawasan latihan adalah:
a) Kawasan pandu arah
b) Jungle Tracking
c) Flying Fox d) Abselling/Rapelling
e) Merempuh halangan
f) High dan Low rope
g) Survival Village
h) Canceling
i) Rafting
j) Rafting
k) Floating
l) Cross- Country Circuit
m) Giant Finger
n) Low 'V'
o) Spider web
p) Padang kawat/dataran


*Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tiram Indah Village. TEl: 07- 8616062

Konsep Tiram Indah Village

Tiram indah village ini ditubuhkan dengan konsep untuk menyediakan Kem Latihan Kursus kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tempat untuk sesi ceramah, aktiviti outdoor dan indoor. Selain itu, kami juga turut menyediakan tapak perkhemahan kepada sesiap yang meminati aktiviti camping. Konsep lain adalah menjadikan Tiram Indah Village ini sebagai satu pusat rekreasi kepada ahli keluarga yang ingin meluangkan masa bersama, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta kepada orang awam yang ingin mencari suasana alam semulajadi yang segar dan jauh dari kesibukkan kota. Selain itu, Tiram Indah Village juga turut menyedikan perkhidmatan untuk upacara keramaian, tempat Mensyuarat dan tempat penginapan.

Dewan Delima (Delima Hall)



Ini merupakan dewan tiga tingkat yang terdapat di Tiram Indah Village. Tingkat bawah dewan ini adalah dewan makan, tingkat kedua pula merupakan dewan serbaguna manakala tingkat paling atas adalah surau. Dewan ini terletak berhadapan dengan kolam dan sungguh menarik.
Kapasiti dewan ini boleh menampung lebih kurang 100 orang pelajar.

Tiram Indah Village

Salam Sejahtera....

Laman blog ini dibangunkan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Tiram Indah Village. Selain itu, blog ini juga merupakan salah satu saluran yang akan digunakan oleh semua pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di Pusat Latihan Tiram Indah Village. Pihak kami juga mengharap sokongan daripada pelanggan dengan memberi komen-komen serta pendapat yang membina dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami. Pihak Tiram Indah Village mengucap jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menggunakan perkhidmatan yang kami tawarkan. Semoga di masa yang akan datang kami akan cuba untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan kami dan meningkatkan mutu kerja kami.